RABU, 16 JUN 2021
BINTANGOR: Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang akan membantu kerajaan dalam program jangkauan komuniti atau ‘outreach’ sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi daerah Meradong.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, pusat itu akan membantu mempercepatkan lagi usaha pemvaksinan terutamanya untuk penduduk di sepanjang Jalan KJD.
“Kita telah membincangkan pekara ini bersama pihak IPG Kampus Rajang.
“Pusat ini nanti akan memudahkan penduduk di Jalan KJD hingga ke Batu 8, Ulu Binatang, Ulu Stras dan Bukit Tinggi mendapatkan vaksin COVID-19 tanpa perlu ke Pekan Bintangor,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada UKAS semasa tinjauan ke IPG Kampus Rajang Bintangor pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau sekali lagi memohon penduduk di Meradong untuk mendaftar mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
“Saya juga memohon kepada mereka yang belum mendaftar agar segera mendaftar mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. -EDISI UKAS