Proses PPV Di Dewan Suarah Sri Aman Berjalan Lancar

RABU, 16 JUN 2021

SRI AMAN : Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Sri Aman terus menjadi tumpuan warga emas di daerah itu bagi mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

Pada Rabu, kira-kira seramai 800 penerima telah hadir mendapatkan suntikan bermula jam 8 pagi, bertempat di Dewan Suarah Sri Aman.

Pelaksanaan program imunisasi anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman itu berjalan dengan lancar dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. -EDISI UKAS