198 Penduduk Long Lama Terima Vaksin COVID-19 Dos Kedua

KHAMIS, 17 JUN 2021

LONG LAMA: Seramai 198 penduduk Long Lama telah melengkapkan penerimaan vaksin COVID-19 apabila menerima dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan SJK (C)  Kee Tee pada Selasa. 

Kebanyakan mereka yang menerima vaksin COVID-19 ini melahirkan rasa lega kerana sudah mempunyai perlindungan walaupun tidak sepenuhnya terhadap virus COVID-19. 

Proses pemberian vaksin ini diteruskan bagi memastikan semua masyarakat khususnya di Long Lama ini mendapat suntikan vaksin. 

Dalam pada itu, keadaan kini semakin membimbangkan berikutan wabak COVID-19 ini telah menular di kawasan pedalaman khususnya di rumah panjang sehingga menyebabkan ada penempatan terpaksa dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). 

Justeru, masyarakat disarankan untuk mengambil suntikan vaksin bagi melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada terus dijangkiti virus COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0