3,915 Bantuan Makanan Sarawakku Sayang Berjaya Diagihkan Di DUN Dalat

KHAMIS, 17 JUN 2021

DALAT: Pusat Khidmat Dalat dan Pejabat Daerah Dalat telah menghantar sebanyak 766 Bantuan Makanan Sarawakku Sayang kepada empat buah kampung di daerah Dalat pada Selasa.

Bantuan tersebut disalurkan kepada penduduk di situ meliputi 151 Ketua Isi Rumah (KIR) Kampung Medong Hilir, Medong Hulu (194 KIR), Medong Seberang (157 KIR) dan Kampung Kut Muara (264 KIR).

Ia merupakan lokasi terakhir pengagihan bantuan berkenaan dengan sebanyak 3,915 bekalan makanan telah berjaya dilengkapkan untuk kawasan DUN Dalat.

Bekalan terbabit dihantar ke dewan serbaguna dan balairaya di setiap kampung dan pengagihannya dilakukan oleh Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) ke rumah-rumah penduduk.-EDISI UKAS