KHAMIS, 17 JUN 2021
KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Opar telah menghantar bantuan makanan kepada 50 Ketua Isi Rumah (KIR) dari tiga buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar pada Rabu.
Penerima bantuan tersebut merupakan KIR yang yang tercicir dari bantuan Makanan Sarawakku Sayang yang terdiri daripada 30 KIR di Kampung Biawak, Kampung Jampari (5 KIR) dan Kampung Temaga Melayu (15 KIR).
Penyerahan bantuan bekalan makanan tersebut dilaksanakan oleh Pengerusi SUPP Opar, Kaunselor Niponi Undek kepada wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing dan disaksikan oleh Setiausaha SUPP Opar, Sebastian Suin Lensi.-EDISI UKAS