KHAMIS, 17 JUN 2021
KABONG : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir menyerahkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada 14 buah sekolah di kawasan DUN Kabong pada Khamis.
Sejumlah RM129,000 cek telah diserahkan kepada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau guru besar sekolah berkenaan di Pusat Khidmat ADUN Kabong secara berperingkat dan bergilir-gilir.
Ini bagi mengurangkan kapasiti yang hadir situ untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Daerah Kabong.-EDISI UKAS