ADUN Mulu Tinjau Projek RTP Pemasangan Gabion Di Rh Ridab

KHAMIS, 17 JUN 2021

MARUDI: Susulan aduan yang diterimanya daripada penduduk di Rumah Ridab berkenaan tahap kerja Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Pemasangan Gabion kurang memuaskan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala telah meninjau sendiri projek berkenaan pada Selasa. 

Selepas menyampaikan sumbangan makanan dan minuman di Sekatan Jalan Raya (SJR) Simpang Ulu Ridan, Dato Gerawat meninjau projek pemasangan gabion di Rumah Ridab yang merupakan salah satu Projek RTP DUN Mulu. 

Projek tersebut telah pun siap pada penghujung tahun 2020 dengan kos sebanyak RM160,000. 

Dato Gerawat yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mengambil maklum akan perkara ini dan akan berbincang dengan agensi pelaksana dan kontraktor terbabit bagi menyelesaikan masalah ini. 

Turut hadir Ahli Majlis Daerah Marudi Kaunselor Yanti Nyanggau. -EDISI UKAS

Share
0