Agihan Bantuan Bakul Makanan Kepada Warga Emas,OKU dan Kes Tercicir Di Engkilili

KHAMIS, 17 JUN 2021

ENGKILILI: Pusat Khidmat Gabungan Parti Sarawak (GPS) Engkilili telah menghantar sebanyak 119 Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang kepada golongan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan mereka yang tercicir dari bantuan tersebut pada Rabu.

Bantuan makanan tersebut terus dihantar ke rumah para penerima.

Ia diharapkan dapat meringankan bebanan golongan tersebut yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

Rata-rata penerima bantuan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sarawak kerana telah menghulurkan bantuan terbabit tanpa menyisihkan setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang ada di kawasan tersebut.-EDISI UKAS

Share
0