Dato Gerawat Sumbang Makanan Dan Minuman Kepada Petugas SJR Simpang Ulu Ridan

KHAMIS, 17 JUN 2021

MARUDI: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang juga AHli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala telah menyerahkan sumbangan berupa makanan dan air minuman kepada petugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Simpang Ulu Ridan Marudi pada Selasa. 

Sebaik tiba, beliau telah diberikan taklimat oleh pegawai polis yang bertugas di SJR Simpang Ulu Ridan. 

Dalam pertemuan itu, Dato Gerawat mengucapkan terima kasih kepada petugas di SJR Simpang Ulu Ridan yang menjaga siang dan malam demi memastikan keselamatan masyarakat terjamin. 

Tambah beliau lagi, tugas dan tanggungjawab yang dipikul ini bukan suatu yang mudah namun atas komitmen dan tanggungjawab pegawai yang berdidikasi maka ianya dapat dilaksanakan dengan baik. 

Hadir sama Ahli Majlis Daerah Marudi Kauselor Yanti. -EDISI UKAS

Share
0