Datuk Aaron Lawat PPV Stadium Perpaduan, Pusat Sehenti dan Pusat Penilaian COVID-19

KHAMIS, 17 JUN 2021

KUCHING: Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang turun padang melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Perpaduan di sini pada Khamis.

Beliau juga turut melakukan lawatan ke Pusat Sehenti dan Pusat Penilaian COVID-19 di Dewan Masyarakat Kuching, Padungan.

Lawatan tersebut telah dilakukan selama tiga jam dari jam 10.00 pagi hingga jam 1.00 petang.

Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Dato’ Wee Hong Seng dan Pegawai Perubatan Kuching, Dr. Eunice. -EDISI UKAS

Share
0