Dr Nur Fatihah Lawat PPV Dewan Pembangunan Sebuyau

KHAMIS, 17 JUN 2021

SEBUYAU : Pegawai Kesihatan Bahagian, Dr Nur Fatihah Oh Abdullah meluangkan masa melihat proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Pembangunan Sebuyau, pada Khamis.

Menurut beliau, setakat jam 10.00 pagi, seramai 158 warga emas dan individu berisiko tinggi telah menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi dos yang pertama.

Pemantauan secara keseluruhan mendapati para penerima telah hadir mengikut masa yang ditetapkan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), dan proses pelaksanaan berada di dalam keadaan terkawal dan teratur.

Dr Nur Fatihah menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua agensi dan sukarelawan yang terlibat dalam membantu menjayakan program tersebut.

Beliau turut mengingatkan kepada yang masih belum mendaftar  supaya mendaftar dengan segera untuk mendapat suntikan vaksin.

Turut hadir, Pegawai Perubatan Menguasa Klinik Kesihatan Sebuyau selaku Ketua Pegawai Penyelaras PPV Daerah Sebuyau, Dr. Mohammad Azzahari Abdillah, Pegawai Tadbir Sarawak Sebuyau, Ajis Ahmad serta Penghulu Masyarakat Melayu Kawasan Sebuyau, Abu Seman Suhaili. -EDISI UKAS