Empat Sekolah Di DUN Tebedu Terima Sumbangan MRP

KHAMIS, 17 JUN 2021

TEBEDU: Sebanyak empat sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu menerima sumbangan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dengan jumlah terkumpul sebanyak RM105,000 pada Rabu.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Menteri Pendidikan Sains Dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong semasa melakukan lawatan ke sekolah-sekolah tersebut.

Penyerahan cek itu turut disaksikan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Dr. Simon Sinang Bada, Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah tersebut.

Antara sekolah yang menerima sumbangan MRP itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taee dengan sebanyak RM30,000 untuk pembelian peralatan bantuan mengajar projektor LCD bagi Tingkatan 5 dan 6.

Manakala SMK Tebedu menerima RM15,000 yang juga bagi pembelian peralatan bantuan mengajar LCD Projektor untuk Tingkatan 5 di sekolah mereka.

Sekolah Kebangsaan (SK) Parun Suan pula menerima RM15,000 untuk membina Taman Mini dan SK Temong menerima sebanyak  RM50,000 khas untuk menaik taraf dua buah kuaters guru.-EDISI UKAS

Share
0