KHAMIS, 17 JUN 2021
LINGGA: Lagi seramai 245 orang penduduk di sini menerima vaksin COVID-19 di Pusat pemberian Vaksin (PPV) Pejabat Daerah Kecil Lingga, pada Rabu.
Proses pemvaksinan berkenaan berjalan lancar dan ia merupakan hari terakhir bagi pemberian dos pertama vaksin jenis Sinovac.
PPV tersebut telah dibuka pada 12 Jun lepas dan berjaya memberikan vaksinasi dos pertama kepada seramai 1,045 orang penduduk di sekitar kampung dan rumah panjang di Lingga dan Seduku. -EDISI UKAS