LAKU Miri Sumbang Makanan Dan Peralatan Asas Kepada Petugas SJR

KHAMIS, 17 JUN 2021

MIRI: Pengurusan LAKU Sdn Bhd telah menyerahkan sumbangan makanan dan peralatan asas seperti pelitup muka, pembersih tangan dan sebagainya kepada petugas barisan hadapan yang menjalankan tugas mengawal Sekatan Jalan Raya (SJR) di Tanjong Lobang, Miri pada Rabu. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Laku Daneil Punang, sumbangan ini merupakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) LAKU dalam situasi pandemik COVID-19. 

Selain SJR Tanjong Lobang, sumbangan ini turut diberikan kepada petugas barisan hadapan di 6 lagi SJR di Bahagian Miri. 

Hadir menyampaikan sumbangan ini Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin.

Hadir sama wakil Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ASP Didi Fairuz Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Operasi LAKU Affendi Taher. -EDISI UKAS

Share
0