KHAMIS, 17 JUN 2021
BINTANGOR: Slogan ‘Meradong Mesti Menang’ pendekatan diambil Unit Cina Saberkas Meradong bagi menyemarakkan lagi semangat masyarakat daerah itu memerangi wabak COVID-19.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah menyempurnakan majlis ringkas penyerahan baju ‘Meradong Mesti Menang’ di Bintangor pada Rabu.
Insiatif tersebut turut menerima sambutan badan bukan kerajaan (NGO) lain yang terdapat di daerah Meradong.
Pada masa yang sama, sebanyak 500 helai telah berjaya dijual.
Terdahulu, Datuk Ding telah meninjau proses pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Bintangor.
Pada kali ini, seramai 396 penerima telah hadir termasuk dari DUN Semop, Daro dan Meradong. -EDISI UKAS