MKN Sarawak Dan IPD Marudi Tinjau SJR Simpang Ulu Ridan

KHAMIS, 17 JUN 2021

MARUDI: Selepas mengadakan tinjuan pematuhan di Pekan Marudi dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Marudi, rombongan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sarawak yang diketuai Ketua Pemantau MKN Matthew Barin bersama dengan anggota penguatkuasa Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Marudi telah meninjau Sekatan Jalan Raya (SJR) Simpang Ulu Ridan pada Selasa. 

Dalam lawatan itu, Matthew telah diberikan taklimat berkenaan dengan operasi SJR.

SJR Simpang Ulu Ridan ini diadakan selepas dua buah rumah panjang Rh Dee dan Rh Adang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 11 Jun hingga 24 Jun 2021. 

Rumah Adang didiami 200 orang penduduk dengan 61 buah pintu dan Rumah Dee pula didiami 41 penduduk dan didiami 10 pintu. -EDISI UKAS

Share
0