Pemberian Vaksin Bantu Kekang Penularan Wabak COVID-19

KHAMIS, 17 JUN 2021

MARUDI: Masyarakat khususnya penduduk di kawasan luar bandar harus mengambil suntikan vaksin COVID-19 yang sedang dilaksanakan ketika ini di seluruh negara. 

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Dato Gerawat Gala berkata ketika ini tiada cara lain untuk mencegah penularan wabak COVID-19 kecuali mengambil suntikan vaksin COVID-19. 

“Adalah penting bagi penduduk untuk mendapatkan dos vaksin mereka bagi membantu mengekang penularan wabak COVID-19.

“Justeru, penduduk khususnya di kawasan luar bandar harus mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan vaksin bagi melindungi diri, keluarga dan orang daripada dijangkiti COVID-19,” katanya semasa ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Marudi pada Selasa. 

Dalam lawatan itu, beliau juga berjumpa dan bertanyakan respon daripada penduduk yang menunggu giliran mereka untuk mendapatkan vaksin. 

Dato Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu mengambil kesempatan itu mengucapkan tahniah dan syabas kepada petugas-petugas di PPV ini khususnya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Marudi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Daerah Marudi, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Marudi, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Majlis Daerah Marudi (MDM) yang bertungkus lumus memberikan perkhidmatan terbaik dalam proses vaksinasi di PPV Dewan Suarah Marudi. 

Sementara itu, Pejabat Kesihatan Marudi Dr Ruthashini R Selvasengam ketika ditemui berkata sehingga kini seramai 5,961 penduduk di Daerah Marudi telah menerima vaksin COVID-19.

Hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Marudi Norlila Ulis. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia