Pemilik Premis Perniagaan Di Pekan Marudi Patuhi SOP PKP

KHAMIS, 17 JUN 2021

MARUDI: Pemilik premis perniagaan di pekan Marudi mematuhi garis panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan ketika ini. 

Ketua Pemantau Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sarawak Mathew Barin berkata operasi ini antara lain memeriksa SOP PKP antaranya buku pelanggan, kod QR MySejahtera, penyukat suhu dan pembersih tangan seperti yang disyaratkan kerajaan. 

“Kita juga melakukan pemeriksaan mengejut ke beberapa buah premis perniagaan bagi memastikan hanya kapasiti 50 peratus sahaja pekerja yang  dibenarkan bertugas pada sesuatu masa dan jumlah pengunjung juga diperhatikan. 

“Sepanjang tempoh pemantauan itu, tiada tindakan dikenakan memandangkan semua pemilik premis perniagaan mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya semasa ditemui pada Selasa. 

MKN dengan kerjasama Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Marudi bekerjasama melakukan tinjauan bagi memastikan setiap pemilik premis perniagaan mematuhi SOP ditetapkan kerajaan. 

Dalam tinjauan itu, Mathew bersama rombongan MKN dan IPD Marudi turut melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Suarah Marudi. 

Beliau berpuas hati dengan kelancaran proses suntikan vaksin COVID-19 di PPV Dewan Suarah Marudi dengan purata sebanyak 400 dos vaksin di terima penerima yang berdaftar setiap hari. 

Hadir sama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Marudi Inspektor Shah Effendi  Abdul Lam.-EDISI UKAS

Share
0