PPV Bergerak Di Daerah Tanjong Manis Mendapat Sambutan Menggalakkan

KHAMIS, 17 JUN 2021

BELAWAI: Program Imunisasi COVID-19 di Pusat Penerima Vaksin (PPV) Bergerak Daerah Tanjong Manis di Dewan Masyarakat Kampung Belawai masuk hari ketiga yang bermula pada Isnin telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.

Seramai 400 orang hadir setiap hari untuk menerima suntikan vaksin dan pada Khamis dijangka jumlah yang sama akan hadir.

Manakala pada Jumaat program ‘outreach’ ini akan dijalankan di PPV Klinik Kesihatan Tanjong Manis.

Pihak Pejabat Daerah Tanjong Manis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menjangkakan seramai 2,000 orang akan mendapatkan suntikan vaksin sehingga Jumaat.

Pendekatan vaksin dahulu dan daftar kemudian merupakan satu kaedah yang cukup pratikal dan sekali gus memastikan vaksinasi dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan di luar bandar.-EDISI UKAS