KHAMIS, 17 JUN 2021
LAWAS: Proses vaksinasi Daerah Lawas diteruskan Pusat pemberian Vaksin (PPV) Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kampus Lawas pada Selasa.
Dalam tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Lawas didapati proses vaksinasi COVID-19 berjalan lancar dengan setiap penerima vaksin mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini.
Mereka yang hadir di PPV ILIM JAKIM Kampus Lawas ini menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer dari kalangan berumur 18 tahun ke atas dan hadir selepas mendapat temu janji dan ini menyebabkan prosesnya berjalan lancar.
PPV ILIM JAKIM Kampus Lawas beroperasi bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. -EDISI UKAS