Proses Vaksinasi COVID-19 Di PPV Dewan Masyarakat Beluru Berjalan Lancar

KHAMIS, 17 JUN 2021

BELURU: Proses vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Beluru yang memasuki hari kelima pada Selasa berjalan lancar.

Penerima vaksin mula hadir ke PPV Dewan Masyarakat Beluru seawal jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang dengan mengikuti janji temu yang telah ditetapkan. 

Seramai 320 penerima hadir menerima vaksin dengan kebanyakan mereka adalah penduduk rumah panjang dari penempatan Sungai Lai, Sungai Selepin, Sungai Lutong dan Sungai Laong di Bakong.

Proses vaksinasi COVID-19 berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden dengan keadaan terkawal dan tidak sesak.

Setiap penerima vaksin mematuhi garis panduan Prosesur Operasi Standard (SOP) Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengikut masa seperti dalam jadual.

Dalam pada itu, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) PPV Dewan Masyarakat Beluru menasihatkan penduduk di Daerah Beluru supaya tidak hadir ke PPV jika belum disenaraikan sebagai penerima vaksin untuk mengelak kesesakan dan bersabar menunggu giliran masing-masing. -EDISI UKAS

Share
0