Tolak Khabar Angin Antivaksin-ADUN Pakan

KHAMIS, 17 JUN 2021

PAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan mahu penduduk di kawasan itu tidak mempercayai khabar angin yang menakutkan untuk menolak pemberian vaksin COVID-19.

Ujarnya, beliau juga amat berharap penduduk tidak ketinggalan untuk bersama-sama mengambil suntikan vaksin.

Beliau berkata demikian selepas meninjau proses pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Nanga Kara, Pakan pada Rabu.

PPV tersebut merupakan salah satu PPV di daerah Pakan dan terletak jauh di pedalaman yang begitu penting untuk memudahkan penduduk rumah panjang mendapatkan vaksin.

Dalam pada itu, Tan Sri William Mawan turut berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan petugas barisan hadapan membantu mengekang penularan wabak COVID-19.

Penerima yang ditemui bersyukur dan bersedia untuk menerima dos kedua akan datang.-EDISI UKAS