BKSS 6.0: 446 Lagi Ketua Isi Rumah DUN Balai Ringin Terima Bantuan Makanan

JUMAAT, 18 JUN 2021

BALAI RINGIN: Seramai 446 lagi Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balai Ringin telah menerima bantuan bekalan makanan pada Khamis.

Bantuan tersebut adalah di bawah program Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 bagi membantu penduduk yang terjejas.

Ketua isi rumah yang terlibat merupakan penduduk daripada 31 buah kampung di kawasan DUN berkenaan.

Penyerahan bekalan makanan tersebut telah dihantar oleh Pusat Khidmat Gabungan Parti Sarawak (GPS) Balai Ringin.-EDISI UKAS