JUMAAT, 18 JUN 2021
NIAH: Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Sepupok Niah pada Selasa.
Dalam lawatan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu turut menyantuni penerima vaksin yang sedang menunggu giliran mendapatkan vaksin COVID-19.
Seramai 205 penerima vaksin hadir dan jumlah ini telah bertambah pada sebelah petang berdasarkan kepada temu janji.
Kebanyakan yang hadir merupakan penerima vaksin dos pertama.
Dalam lawatan itu, Datuk Rosey turut mengingatkan penerima vaksin untuk hadir pada masa temu janji yang ditetapkan bagi menerima dos kedua.
Sepanjang lawatan itu, keadaan di PPV tersebut terkawal dan tidak mengalami kesesakan.
Turut sama hadir Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Subis Dr James Jam Jolly Setiusaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak Sarkawi Suhaili dan Julani Haji Moktar. -EDISI UKAS