Lagi 480 Penduduk Di Beluru Dapatkan Vaksin Dos Pertama

JUMAAT, 18 JUN 2021

BELURU: Memasuki hari keenam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarkat Beluru, seramai 480 penduduk menerima suntikan vaksin dos pertama. 

PPV Dewan Masyarkat Beluru mula dibuka pada 11 Jun lepas. 

Pada Rabu, giliran penduduk dari Kampung Muhibah Baru, Bakong penduduk rumah panjang kawasan Sungai Bakas, Sungai Laong, Sungai Sebukut, Sungai Seruas, Wong Serawong di Bakong dan penduduk rumah panjang dari kawasan Sungai Selulit dan Sungai Sebatang di Bok, Tinjar.

Proses vaksinasi itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden dengan keadaan terkawal serta tidak sesak kerana para penerima vaksin mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengikut masa seperti dalam jadual yang ditetapkan.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak pergi ke PPV Dewan Masyarakat Beluru jika belum disenaraikan sebagai penerima vaksin untuk mengelak kesesakan. 

Mereka juga dinasihati untuk bersabar menunggu giliran masing-masing. -EDISI UKAS

Share
0