Persatuan Hakka Miri Bahagian Miri Sumbang Peralatan Sanitasi Kepada JBPM Zon 6 Miri

JUMAAT, 18 JUN 2021

MIRI: Persatuan Hakka Miri telah menyampaikan sumbangan berupa peralatan sanitasi dan bahan kimia bernilai RM1,600 kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon 6 Miri dalam membantu membasmi penularan wabak COVID-19 di tempat awam.

Dalam kenyataan media Persatuan Hakka Miri Bahagian Pemuda Sally Liew Li Kheng pada Khamis berkata derma ini adalah hasil kutipan daripada Jawatankuasa Persatuan Hakka, Bahagian Pemuda dan Wanita.

“Kami mengambil berat mengenai keselamatan petugas barisan hadapan seperti anggota Bomba yang bekerja tanpa lelah untuk memerangi penularan pademik COVID-19.

“Sumbangan ini adalah sedikit sebanyak membantu pihak Bomba dalam melakukan tugasan membersihkan kawasan dengan memerlukan alat perlindungan diri (PPE), peralatan sanitasi dan bahan kimia,” katanya. 

Peralatan sanitasi dan bahan kimia ini bernilai RM1,600 itu termasuklah 6 unit Battery Spray Drum 20 liters, 30 unit Clorox 3.6 liter dan 3 unit Air Blower Sprayer.

JBPM Zon 6 Miri banyak menggunakan PPE, bahan kimia dan peralatan sanitasi untuk melakukan sanitasi di bangunan dan kawasan awam di bandar-bandar utama dan pekan di Miri.

Tambah Sally Liew lagi, walaupun sumbangan ini sedikit, adalah diharapkan ianya akan dapat membantu memudahkan lagi kerja-kerja sanitasi pada masa akan datang.

Majlis penyerahan sumbangan telah disampaikan Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga Presiden Persatuan Hakka Miri Datuk Lee Kim Shin kepada Ketua JBPM Zon 6 Miri Sarawak PgKB Law Poh Kiong.

Turut hadir Residen Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Abdul Aziz, Pengerusi Persatuan Miri Hakka Liew Han Ping, Naib Pemuda Persatuan Hakka Andy Jong Wan Joon dan Penasihat Pemuda Persatuan Hakka Liew Li Mui. -EDISI UKAS

Share
0