Vaksinasi Harian Di Bau Terus Catat Peningkatan

JUMAAT, 18 JUN 2021

BAU: Vaksinasi harian pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di daerah Bau terus mendapat sambutan apabila mencatatkan peningkatan dengan pemberian sebanyak 1,096 dos suntikan pada Khamis.

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Akademi Bomba Bau mencatatkan seramai 1,009 lagi individu hadir menerima dos pertama suntikan vaksin Sinovac.

Program yang turut dipergiatkan melalui pemberian vaksin bergerak dari rumah ke rumah oleh petugas Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Bau bagi dos pertama suntikan itu membabitkan golongan yang lumpuh, terlantar atas katil dan sakit tua pula mencatatkan seramai 40 individu.

Dalam perkembangan lain, sejumlah 47 individu menerima vaksin di dua PPV swasta pada hari yang sama.

PPV Klinik Union mencatatkan seramai 21 individu menerima dos pertama dan 10 individu menerima dos kedua.

Manakala di PPV Klinik Teddy seramai 16 individu telah menerima dos pertama. -EDISI UKAS