ADUN Batu Kitang Serah Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang Ke Taman Flora Indah

SABTU, 19 JUN 2021

KUCHING: Seramai 30 Ketua Isi Rumah (KIR) di Taman Flora Indah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang menerima Bantuan Bekalan Makanan SarawakKu Sayang (BKSS) 6.0 pada Sabtu.

Program sumbangan kerajaan Sarawak itu telah dikendalikan oleh pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang.

Penyerahan bantuan makanan itu telah disempurnakan oleh ADUN Batu Kitang, Lo Khere Chiang dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. -EDISI UKAS