Ketua Menteri Sarawak Terima Kunjungan Hormat Menteri Kanan Pertahanan

SABTU, 19 JUN 2021

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kanan Pertahanan, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada Sabtu.

Sejurus selepas itu, Ketua Menteri kemudiannya diberi taklimat ‘Combat Medic Vaccination’ yang disampaikan oleh Dato Sri Ismail Sabri.

Taklimat yang berlangsung kira-kira sejam tersebut adalah bagi membincangkan konsep perlaksanaan perkhidmatan dan program vaksinasi ke kawasan pedalaman di Sarawak.

Ia bertujuan mempercepatkan Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) dengan pelan atur gerak ‘Combat Medic Vaccination Programme Team’ serta turut membincangkan beberapa perkara-perkara lain yang berkaitan.

Turut hadir adalah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Dato’ Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion serta beberapa pegawai kanan Persekutuan yang lain. – EDISI UKAS

Share
0