Lebih 3,000 Bantuan Makanan Telah Diagihkan Kepada Penduduk Di DUN Lambir

SABTU, 19 JUN 2021

MIRI: Lebih 3,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir telah menerima bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang. 

Pada Rabu, pengagihan bantuan makanan ini diteruskan di rumah kampung dan rumah panjang Kampung Beraya, Kampung Subak,Rumah Panjang Brorita, Rumah Panjang Jarek, Rumah Panjang Nunong, Rumah Panjang Situri,Kampung Raan, Kampung Bakam, Kampung Sungai Dalam A, Kampung Damai Sungai Rait, Kampung Nelayan Kuala Bakam, Kampung Tukau Cina, Kampung Sungai Rait Bakam, Rumah Panjang Mawan, Rumah Panjang Jorny dan Kampung Sg Dalam B.

Bantuan makanan itu telah diterima menerusi Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan tuai rumah ymasing-masing ang diagihkan secara berperingkat sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -EDISI UKAS

Share
0