Operasi PPV Pusat Kebudayaan Bisaya Batu Danau Berjalan Lancar

SABTU, 19 JUN 2021

LIMBANG: Proses vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Kebudayaan Bisaya Batu Danau merupakan PPV kedua selepas PPV Dewan Masyarakat Medamit di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau dan telah beroperasi dengan baik serta lancar sejak 15 Jun lepas.

PPV Pusat Kebudayaan Bisaya Batu Danau ini mempunyai kemudahan lengkap dengan fasiliti seperti tandas, bekalan air, bekalan elektrik dan kerusi roda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang telah melawat PPV Pusat Kebudayaan Bisaya Batu Danau dan menyatakan komitmen dan kesediaannya untuk membantu memudahkan perjalanan dan keperluan di PPV dari masa ke semasa.

Perkara ini telah dimaklumkannya selepas mendengar taklimat pengoperaian daripada Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Batu Danau Dr. Siti Basyrina Bahari pada Khamis.

Seramai 250 orang penduduk daripada tiga buah kampung yang berdekatan iaitu Kampung Belading, Kampung Ipai dan Kampung Bukit Gudang.

Terdahulu, Dr. Siti Basyrina telah memberikan taklimat ringkas berhubung aliran proses pemberian vaksin COVID-19 sambil membawa ADUN Batu Danau meninjau ruang khas dan persekitaran di PPV ini.

Seperti di PPV lain, proses alirannya dimulakan dengan saringan suhu dan gejala, sekiranya didapati bergejala temu janji baharu akan dibuat. 

Selepas itu, diikuti sesi kaunseling dan persetujuan. 

Pada peringkat ini, penerima akan diberikan penerangan dan sesi soal jawab mengenai vaksin dan proses suntikan sebelum menandatangani Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19. 

Seterusnya adalah proses suntikan, pengesahan dan penerimaan imunisasi. 

Di ruang dan stesen pemerhatian penerima vaksin perlu berada berada di ruang tersebut sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit. 

Proses selesai dengan berakhir di kaunter temu janji untuk dos kedua. 

Hadir sama Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Limbang Mohd Sobree bin Damit, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Limbang Mohd Firhan Iskandar Goh, Ketua Pergerakan Pemuda PBB Cawangan Batu Danau Kaunselor Elvis Mathew dan Pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu Danau. -EDISI UKAS

Share
0