Talib Tinjau PPV Klinik Kesihatan Jepak, SJR Bintulu-Kuala Tatau

SABTU, 19 JUN 2021

BINTULU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Jepak mula beroperasi pada Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip telah melawat dan meninjau proses vaksinasi kepada penerima khususnya di sekitar kawasan Jepak pada Khamis.

Pada hari pertama pembukaannya, seramai 40 warga emas dan golongan rentan yang berisiko tinggi menerima vaksin COVID-19.

Dalam pada itu, Datuk Talib yang juga Menteri di Jabatan Ketua Menteri Integriti dan Ombudsman menyerahkan sumbangan berupa makanan kering kepada PPV Klinik Kesihatan Jepak.

Selepas meninjau PPV Klinik Kesihatan Jepak, beliau telah melawat anggota barisan hadapan yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) Bintulu-Kuala Tatau dan menyampaikan sumbangan makanan kering.

Hadir sama Penghulu Drahman Kawi Timbalan Ketua PBB Cawangan Jepak Abang Saidi Abang Shamsudin dan Ketua Pemuda PBB Cawangan DUN Jepak Jefferi Johari. -EDISI UKAS

Share
0