270 KIR Penduduk Kampung Jaie Terima Bantuan Bekalan Makanan

AHAD, 20 JUN 2021

ASAJAYA: Seramai 270 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Jaie Sadong Jaya di sini yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menerima bantuan bekalan makanan sumbangan daripada kerajaan Sarawak.

Simbolik penyerahan bantuan telah dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo di Dewan Masyarakat Kampung berkenaan pada Ahad.

Penyerahan itu juga disaksikan oleh Timbalan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Sadong Jaya, Abdul Mutalib Julaihi, ketua masyarakat dan ketua kaum serta AJK PBB Cawangan.

Dalam program tersebut Aidel turut mengingatkan semua pihak untuk sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0