662 KIR DI 3 Buah Kampung Dalam DUN Batu Danau Terima Bantuan Makanan

AHAD, 20 JUN 2021

LIMBANG: Seramai 662 Ketua Isi Rumah (KIR) di tiga buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau menerima bantuan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Hadir menyampaikan bantuan makanan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang di Dewan Terbuka Pekan Medamit pada Khamis. 

Tiga buah kampung tersebut ialah Rh. Jampong, Kampung Melaban, Rh. Sing, Karangan Ma dan Rh. Brain, Kampung Meruyu. 

Bantuan makanan ini ekoran banjir yang melanda pada Mei lalu sehingga menyebabkan mereka terputus jalan perhubungan.

Banjir yang melanda itu turut menjejas dan memusnahkan hasil tani serta haiwan ternakan penduduk kampung. 

Bantuan ini adalah untuk membantu penduduk kampung yang terjejas dan meringankan beban ekonomi yang dialami oleh penduduk kampung.

Kaedah penghantaran bantuan makanan dibuat di Dewan Terbukan Medamit dengan menggunakan kenderaan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). 

Turut hadir Pegawai Kebajikan Masyarakat Limbang Wan Hasif Wan Jamari dan Pejabat Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapt. (PA) Sulaiman bin Salama. -EDISI UKAS

Share
0