764 KIR di Kawasan Balai RinginTerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

AHAD, 20 JUN 2021

BALAI RINGIN: Seramai 764 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Balai Ringin telah menerima Bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 yang diagihkan oleh Pusat Khidmat ADUN Balai Ringin.

Umum mengetahui bahawa bantuan itu adalah inisiatif kerajaan Sarawak dalam membantu meringankan beban rakyat semasa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Kampung Marsh adalah lokasi yang terakhir penghantaran bantuan tersebut yang telah dilakukan pada Sabtu.

Tuai Rumah Kampung Marsh Nancy Joseph semasa ditemui berterima kasih khususnya kepada kerajaan negeri atas bantuan yang telah diberikan.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan Sarawak dan juga Datuk Snowdan Lawan atas edaran bakul makanan ini.

“Dengan adanya bantuan ini, iasedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat di waktu sukar ini,” ujarnya. -EDISI UKAS

Share
0