ADUN Machan Tinjau Proses Pemberian Vaksin Di PPV Dewan Serbaguna Pasar Machan

AHAD, 20 JUN 2021

KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong turun padang meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Serbaguna Pasar Machan pada Sabtu.

Beliau diiringi Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kanowit, Usik Ngadan, AS Liam Entili dan Kapitan Leong Khing Hee.

Dewan Serbaguna Kanowit merupakan PPV bagi penduduk kawasan Machan dan Ulu Machan.

Dalam tinjauan itu, Allan Siden turut menyumbang 10 coolbox untuk kegunaan ‘mobile outreach’ bagi menyimpan vaksin dan juga dua kerusi roda untuk digunakan sepanjang Program Imunisasi Covid-19 diadakan.

Program Imunisasi Covid-19 ini akan diadakan selama 8 hari dan akan memberi manfaat kepada penduduk dari 57 buah rumah panjang di sekitar Machan.

Kira-kira 600 penerima vaksin menerima dos pertama pada Sabtu.

Keadaan di PPV itu amat teratur dengan orang ramai mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan.

Penerima vaksin juga berbaris seawal jam 7.30 pagi bagi mendapatkan suntikan lebih awal.

Semua penerima vaksin dinasihatkan membawa kad pengenalan, telefon (bagi pengguna MySejahtera) dan buku rekod kesihatan apabila hadir untuk divaksinasi. – EDISI UKAS

Share
0