Lagi 520 Penduduk Di Matu Terima Vaksin COVID-19

AHAD, 20 JUN 2021

MATU: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Daerah Matu semakin giat dijalankan.

Pemantauan pada Sabtu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Suarah Matu mendapati seramai 520 orang penerima hadir mendapatkan vaksin.

Keadaan PPV agak teratur dan kebanyakan penerima suntikan hadir awal pada sebelah pagi dan kembali ramai pada sebelah petang. 

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi dan Residen Bahagian Mukah, Hamdiah Bakir turut hadir meninjau PPV Matu untuk melihat sendiri proses vaksinasi dijalankan.

Sementara itu, di PPV Klinik Kesihatan Daerah Kecil Igan pula, seramai 280 orang telah menerima vaksin terdiri dari penduduk sekitar Igan dan Batang Igan.

Jumlah penerima meningkat dari hari-hari sebelum ini kerana kebanyakan yang hadir pada hari tersebut merupakan adalah penduduk dari sekitar Batang Igan yang datang menggunakan bot. – EDISI UKAS