AHAD, 20 JUN 2021
SIMUNJAN : Seramai 3,600 orang telah menerima vaksin jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Mesra Simunjan, setakat hari keenam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan disitu, pada Sabtu.
Difahamkan, sebanyak 4,800 dos telah dibekalkan untuk PPV Dewan Mesra Simunjan sejak program dimulakan pada 14 Jun lepas sehingga 22 Jun nanti.
Selesai di Simunjan, program dijangka akan diteruskan di Dewan Masyarakat Gedong mulai 23 Jun 2021.
Keseluruhan proses berjalan dengan lancar dan semua yang hadir mengikuti arahan yang diberikan disamping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. -EDISI UKAS