Program Vaksinasi COVID-19 Fasa Kedua Daerah Lundu Terus Dapat Sambutan Menggalakkan

AHAD, 20 JUN 2021

LUNDU: Program Vaksinasi COVID-19 Fasa Kedua Daerah Lundu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Lundu di sini terus mendapat sambutan menggalakkan daripada para penerima vaksin COVID-19.

Terbaharu, seramai 8,52 orang penerima telah menerima suntikan vaksin di PPV Dewan Masyarakat Lundu di sini pada Ahad.

Kebanyakkan penerima vaksin terdiri daripada golongan warga emas dan individu yang berisiko tinggi.

Tinjauan yang dilakukan mendapati proses vaksinasi adalah terkawal serta berjalan dengan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. -EDISI UKAS