AHAD,20 JUN 2021
KUCHING: Projek naik taraf persimpangan lampu isyarat Jalan Batu Kawa dengan Desa Wira giat dilaksanakan dan dijangka siap menjelang Julai depan.
Bagaimanapun, kerja-kerja itu masih bergantung kepada situasi semasa pandemik COVID-19 dan faktor cuaca untuk disiapkan dalam tempoh ditetapkan.
Projek di bawah kerajaan Sarawak itu adalah salah satu inisiatif bagi mengurangkan kesesakan di Jalan Batu Kawa-Desa Wira. -EDISI UKAS