ISNIN, 21 JUN 2021
SONG: Seramai 1,865 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 di daerah Song manakala 3,726 lagi telah menerima dos pertama setakat ini.
Statistik terkini itu termasuk mereka yang menerima suntikan dos pertama dalam program vaksinasi yang diteruskan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Rumah Rehat Kerajaan Daerah Song pada Ahad.
Dalam program itu, sebanyak 250 lagi dos vaksin jenis Sinovac diperuntukkan kepada orang ramai di Song.
Program vaksinasi di Song akan diteruskan dari masa ke semasa bergantung kepada dos vaksin yang dibekalkan. – EDISI UKAS