600 Penduduk Di Kawasan Bakong Dan Tinjar Terima Suntikan Vaksin COVID-19

ISNIN, 21 JUN 2021

BELURU: Seramai 600 orang penduduk dari kampung dan rumah panjang di kawasan Bakong dan Tinjar menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Beluru pada Ahad. 

Ini merupakan hari ke 10 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi dan mereka menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama jenis Sinovac.

Sepanjang pemerhatian, proses vaksinasi berjalan lancar dan terkawal serta mengikut perancangan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Setiap penerima vaksin hadir mengikut masa temu janji ditetapkan dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan. -EDISI UKAS

Share
0