Kesedaran Masyarakat Terhadap Pentingnya Mendapatkan Vaksin COVID-19 Semakin Meningkat

ISNIN, 21 JUN 2021

LONG LAMA: Kehadiran penduduk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Kee Tee, Long Lama yang semakin meningkat setiap hari menunjukkan masyarakat di kawasan sekitar Telang Usan semakin sedar akan kepentingan vaksin COVID-19. 

Menurut Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr. Penguang Manggil, peningkatan jumlah penerima vaksin ke PPV SJK (C) C Kee Tee ini memberikan harapan positif untuk mencapai 80 peratus Imuniti Kelompok vaksin COVID-19.

Seramai 498 penduduk yang menerima vaksin telah hadir mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

“Kesedaran masyarakat akan kepentingan mendapatkan Vaksin COVID-19 kian meningkat saban hari. 

“Kehadiran penduduk yang ramai boleh dilihat pada awal pagi kerana mereka perlu balik awal ke kampung masing-masing sebelum senja,” katanya selepas mengadakan kunjungan muhibbah ke PPV SJK (C) C Kee Tee pada Ahad. 

Ramai penduduk daripada kawasan Beluru dan Marudi datang ke PPV SJK (C) C Kee Tee untukmenerima vaksin. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi turut mengucapkan terima kasih kepada semua sekarelawan dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta semua barisan hadapan yang menjalankan tugas penuh dedikasi selama ini. -EDISI UKAS

Share
0