Klinik Komuniti Pantai Damai Dinaik Taraf Sebagai Klinik Kesihatan Pantai Damai

ISNIN, 21 JUN 2021

SANTUBONG: Klinik Komuniti Pantai Damai dinaik taraf sebagai Klinik Kesihatan Pantai Damai setelah mencapai kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Isnin.

Menurut Pegawai Perubatan ketika ditemui, sekurang-kurangnya 20 orang kakitangan termasuk dua orang pegawai perubatan bekerja secara bergilir mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Katanya, klinik kesihatan berkenaan beroperasi setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang sahaja. -EDISI UKAS

Share
0