Penduduk Kampung Sumbang Buah-Buahan Buat Petugas PPV Dewan Masyarakat Tebedu

ISNIN, 21 JUN 2021

SERIAN : Sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tebedu, penduduk kampung telah menyumbang buah-buahan melalui Ketua Kaum.

Sumbangan telah disampaikan Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liaw bagi mewakili penduduk kampung kepada Penyelaras PPV Tebedu, Dr. Muhammad Razi, pada Isnin.

Menurut Joseph, sumbangan buah-buahan akan diteruskan sepanjang program imunisasi di PPV itu dijalankan, dan setiap Ketua kaum di Daerah Tebedu akan memastikan bekalan sentiasa ada. -EDISI UKAS

Share
0