Vaksinasi Harian Di Bau Terus Meningkat, Sambutan Semakin Menggalakkan

ISNIN, 21 JUN 2021

BAU: Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 di daerah Bau kini terus mendapat sambutan apabila jumlah pemberian vaksin harian menunjukkan peningkatan untuk tiga hari berturut-turut.

Pada Ahad, sebanyak 1,015 individu telah menerima suntikan vaksin, manakala seramai 728 orang pada (19 Jun), dan 1,170 dos pada (18 Jun).

Daripada jumlah tersebut, seramai 2,871 orang menerima dos pertama mereka, sementara 42 lagi melengkapkan dos kedua.

Tinjauan yang dilakukan pada Ahad di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Akademi Bomba, Bau mendapati seramai 1,015 individu menerima dos suntikan pertama.

Manakala, pemberian dos yang dijalankan pada Sabtu di PPV sama mencatatkan pemberian 626 dos pertama, manakala di PPV Hospital Bau mencatatkan 60 dos pertama dan 42 dos kedua suntikan.

Bagi program pemberian dos pertama suntikan yang telah dijalankan pada Jumaat pula mencatatkan 1,000 dos, manakala Pasukan Bergerak dari rumah ke rumah dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Bau dan di PPV Klinik Kesihatan Siniawan masing-masing 80 dos, seterusnya di PPV Klinik Teddy pula 10 dos. -EDISI UKAS