287 KIR Tercicir, Penduduk Kampung Terima Bekalan Makanan Sarawakku Sayang

SELASA, 22 JUN 2021

LIMBANG: Sehingga kini, sebanyak 7,473 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota telah menerima bantuan Bekalan Makanan Sarawakku Sayang.

Bagaimanapun, ada 287 KIR yang tercicir dalam senarai penerima bantuan makanan yang telah dikenal pasti Pusat Khidmat DUN Bukit Kota.

Sehubungan itu, pasukan pengagihan bantuan makanan DUN Bukit Kota telah meminta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk melaporkannya kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Limbang sekiranya berlaku keciciran KIR yang belum menerima bakul makanan di kampung mereka.

Pada Sabtu, pasukan pengagihan bantuan makanan DUN Bukit Kota telah mengagihkan bantuan makanan kepada KIR yang tecicir dan penduduk kampung yang bilangan bantuan makanan yang tidak mencukupi sebelum ini. 

Antara kampung yang terlibat dalam pengagihan bantuan makanan itu ialah Kampung Limpaong, Kampung Buangsiol, Kampung Penapak, Kampung Pabahanan, Kampung Nauran, Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Damai, Kampung Pahlawan, Kampung Sayung, Kampung Tuna Gumaya, Kampung Bunga Raya dan Kampung Agung Tua. -EDISI UKAS

Share
0