SELASA, 22 JUN 2021
BAU: Seramai 967 orang penduduk daerah Bau menerima suntikan vaksin COVID-19 dos pertama pada Isnin.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tersebut dijalankan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Perdana Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak, Bau.
Manakala sebanyak 40 dos suntikan menerusi pemberian vaksin bergerak dari rumah ke rumah oleh petugas Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Bau bagi dos pertama suntikan itu membabitkan golongan yang lumpuh, terlantar atas katil dan sakit tua.
Dalam perkembangan lain, PPV Klinik Teddy mencatatkan seramai 12 orang lagi menerima suntikan dos pertama. –EDISI UKAS