Datuk Aaron Tinjau Perkembangan Proses PPV Di Kapit

SELASA, 22 JUN 2021

KAPIT:Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang telah melakukan lawatan kerja ke Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Kapit pada Selasa.

Sejurus tiba, beliau mendengar taklimat mengenai status atau perkembangan terkini COVID-19 serta pemberian vaksin di bahagian Kapit merangkumi daerah Kapit, Bukit Mabong, Song dan Belaga daripada Pegawai Kesihatan Bahagian Kapit, Dr. Hamidi.

Selepas itu, lawatan beliau diteruskan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SMK Kapit No. 2 dan Hospital Medan Kapit.

Turut hadir Timbalan Pengarah Bahagian Pemba, Paul Sazin.-EDISI UKAS