Masyarakat Digesa Daftar Dan Ambil Vaksin Segera Demi Keselamatan Diri, Keluarga Dan Orang Lain

SELASA, 22 JUN 2021

TATAU: Masyarakat yang masih mendaftar untuk mendapat suntikan vaksin COVID-19 digesa berbuat demikian demi kesleamatan diri, keluarga dan orang lain. 

Gesaan ini disuarakan Kam Balang berusia 73 tahun dari Rumah Jan, Nanga Tau selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sukan Tatau pada Sabtu. 

“Semasa suntikan vaksin COVID-19 itu, tiada apa-apa kesan sampingan.  

“Justeru, saya menyeru masyarakat yang belum mendaftar agar segera mendaftar dan mendapatkan suntikan vaksin bagi mengelak daripada dijangkiti COVID-19.

“Terima kasih juga kepada kerajaan yang telah membantu rakyat dalam mendapatkan vaksin COVID-19 ini secara percuma,” katanya. 

Sementara itu, rakannya Bajak Jelaping, 72 tahun menzahirkan rasa gembira kerana berjaya mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

“Saya tergerak untuk mendapatkan vaksin disebabkan bahayanya penyakit COVID-19 ini.

“Kemudahan pemberian vaksin COVID-19 secara percuma oleh kerajaan ini sangat baik untuk menjaga keselamatan rakyat khususnya di kawasan luar bandar,” katanya. 

Seramai 456 penduduk di Daerah Tatau menerima suntikan vaksin jenis Pfizer manakala 43 orang lagi menerima vaksin jenis Sinovac.

Secara keseluruhannya, proses vaksinasi di PPV Dewan Sukan Tatau berjalan lancar dan teratur tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. -EDISI UKAS

Share
0